Jumaat, 5 Disember 2014

( Gambar diambil dari : calphotos.berkeley.edu )


Latar belakang, Macrobrachium rosenbergii.

Udang galah adalah udang air tawar yang sangat popular dengan kelazatan dan keenakan isinya dalam masakan di Malaysia khasnya. Pada ketika itu, bekalan udang galah di sungai-sungai di negara kita adalah dalam kuantiti yang banyak dan mudah didapati. Natijah dari arus pembangunan yang tidak terkawal dari segi kebersihan sungai dan kualiti airnya, hidupan ini semakin berkurangan dan sukar untuk didapati. Bagi mengelakkan kepupusan, ternakan udang galah secara komersial semakin meningkat bagi memenuhi keperluan dan permintaan.


     Haiwan yang berada di bawah keluarga Palaemonidae dan cenderung aktif pada waktu malam ini dipanggil Udang Galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii. Kebiasaannya, pada peringkat 'juvenile' saiz udang galah ini diantara 2 sehingga ke 3 inch. Pada tahap ini, 'juvenile' kebiasaannya dibekalkan  dengan Artemia sebagai makanan kepada 'juvenile' udang galah. Manakala apabila peringkat udang galah ini masuk ketahap zoe, kastard telur adalah makanan yang sering digunakan bagi tumbesaran zoe tersebut. Selain itu, bekalan air hijau yang tinggi dengan spesis chlorella juga dapat membantu tumbesaran udang galah.

     Penternakan udang galah bagi tujuan penyelidikan pula selalunya akan menutup tangki udang galah dengan menggunakan shading net bagi menghalang sinaran matahari masuk ke dalam air tangki. Sinaran matahari tersebut akan mengaktifkan pertumbuhan air hijau didalam tangki udang galah tersebut. Ianya bukanlah satu permasalah yang besar, tetapi hal ini akan menyukarkan para penyelidik untuk membuat pemerhatian dan peninjauan terhadap udang galah tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan