Isnin, 8 Disember 2014

Cara Pengasingan Larvae dan Post larvae (PL) Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii).

Post Larvae bagi Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii). Gambar di ambil dari Regional Aquaculture Information System (RAIS).

Cara pengasingan larvae dan Post Larvae (PL) ke tangki yang baru.

Tangki larvae udang galah dijaga tahap saliniti airnya, kebiasaannya pada 18 ppm. Didalam tangki tersebut terdapat pelbagai peringkat Post Larvae (PL). PL terdiri dari peringkat 1 sehingga ke peringkat 12. Pengasingan PL dijalankan bagi membuat persediaan PL diperingkat 12 untuk membesar dan masuk ke peringkat anak udang atau dikenali/disebut sebagai juvenile. Para penyelidik selalunya mengambil udang galah ditahap juvenile bagi membuat sesuatu ujikaji dari segi tumbesaran udang tersebut sehingga ke peringkat induk.

     Maka pengasingan ini dapat membantu dalam membuat ramalan bahawa berapa peratuskah PL udang galah yang berjaya membesar sehingga ke peringkat juvenile? Pada kebiasaannya, hanya 20-30 peratus yang berjaya membesar dengan sihat ke peringkat juvenile.

Langkah-langkah pengasingan adalah seperti berikut:
  1. Keluarkan kesemua air yang berada didalam tangki dengan membuka saluran air keluar. Penapis akan diletakkan pada bahagian hujung saluran air keluar bagi mengelakkan PL terlepas dari saluran air keluar.
  2. Selepas itu, masukkan PL yang telah ditapis kedalam bekas yang mengandungi air dari tangki sebelumnya. Sedut keluar kotoran seperti lebihan sisa makanan dan bahan buangan PL udang galah tersebut. Lakukan sebanyak 2 kali bagi menjaga kebersihan sebelum proses pemindahan ke tangki baru dilakukan.
  3. Sebelum memasukkan PL ke dalam tangki baru, air didalamnya tangki baru tersebut haruslah berada pada tahap saliniti 2 ppm. Rendam bekas yang berisi PL dengan air tangki yang baru selama lebih kurang 15 minit bagi memberi pengenalan kepada persekitaran baru agar PL udang galah tidak mengalami tekanan akibat kejutan perbezaan saliniti. Sekiranya pengenalan terhadap persekitaran baru tidak dilakukan, PL udang galah akan mengalami tekanan perubahan saliniti, dan akan menyebabkan PL udang galah akan mati.
  4. Sebelum dilepaskan, pengiraan individual PL udang galah pada tahap 12 dilakukan. Pengiraan tersebut dilakukan dengan menggunakan beaker. PL udang galah akan dimasukkan kedalam beaker sedikit demi sedikit bagi memudahkan proses pengiraan. Ini kerana PL udang galah masih hidup dan bergerak-gerak semasa proses pengiraan dijalankan. Adalah baik PL udang dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam beaker demi memudahkan proses pengiraan dijalankan.
  5. Pengiraan ini dijalankan sebelum PL udang galah dilepaskan kedalam tangki yang baru.
  6. Jaring hijau selalunya diletakkan kedalam tangki udang galah. Jaring hijau ini bertindak sebagai perumah dan tempat berlindung kepada udang galah terutama sekali semasa proses pertukaran kulit udang. Udang galah bersikap karnivora. Mereka sering menyerang udang gadang yang lain ketika proses pertukaran kulit berlaku kerana pada ketika itu kulit mereka sangat lembut. Dengan adanya tempat berlindung, permasalahan ini dapat diatasi.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Sy nak tanya, ade tak kaedah utk kira larva udang galah selain kaedah manual yg kira satu persatu/ volumetric?
    Maybe kaedah seperti life-fish counter atau pun infrared detector.

    BalasPadam
  2. Based on my reading ada 2 specific counter types:
    1. resistivity counter
    2. infra red counter
    Mungkin saudara boleh bg penjelasan. terima kasih

    BalasPadam