Isnin, 8 Disember 2014

Cara penyediaan makanan Rotifer

Cara Penyediaan Makanan Rotifer


Rotifer dan telur dibawah mikroskop.
Sumber gambar, Jung Min-Min, Korea-US Aquaculture. 



Rotifer juga merupakan salah satu asas pemakanan yang boleh diberikan kepada larvae udang galah (Macrobrachium rosenbergii). Maka rotifer ini boleh dibiakkan bagi memenuhi keperluan dan bekalan makanan bagi larvae udang galah. cara penyediaan makanan rotifer adalah seperti berikut:







Bahan A:
  1. Yeast
  2. Vitamin
Bahan B:
  1. Cod liver oil
  2. Kuning telur
Cara penyediaan:
  • Masukkan 1liter air paip kedalam pengisar
  • Tambah 14g (bagi bahan A) 
  • Masukkan 40ml (bagi bahan B)
Cara pengiraan bagi menyediakan makanan Rotifer
  • Bagi bahan A, setiap 100 cell/mL bersamaan dengan 10g (100 cell yang dijumpai semasa pemerhatian dan pengiraan dengan menggunakan Sedgewick-Rafter).
  • Manakala bagi bahan B, setiap 100 cell/mL bersamaan dengan 40mL (100 cell yang dijumpai semasa pemerhatian dan pengiraan dengan menggunakan Sedgewick-Rafter).
Sedgewick-rafter counting chamber yang digunakan bagi mengira phytoplankton dan juga zooplankton. Sumber gambar dari Google.com

Rotifer diberi makanan 2 kali sehari.

Cara Penyediaan Makanan Untuk Larvae Udang

Cara Penyediaan Makanan untuk Larvae Udang

  • 50g susu tepung
  • 3g vitamin udang
  • 1 sudu besar minyak ikan
  • 5 biji telur ayam
  • 3 titis pewarna merah

Cara Pengasingan Larvae dan Post larvae (PL) Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii).

Post Larvae bagi Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii). Gambar di ambil dari Regional Aquaculture Information System (RAIS).

Cara pengasingan larvae dan Post Larvae (PL) ke tangki yang baru.

Tangki larvae udang galah dijaga tahap saliniti airnya, kebiasaannya pada 18 ppm. Didalam tangki tersebut terdapat pelbagai peringkat Post Larvae (PL). PL terdiri dari peringkat 1 sehingga ke peringkat 12. Pengasingan PL dijalankan bagi membuat persediaan PL diperingkat 12 untuk membesar dan masuk ke peringkat anak udang atau dikenali/disebut sebagai juvenile. Para penyelidik selalunya mengambil udang galah ditahap juvenile bagi membuat sesuatu ujikaji dari segi tumbesaran udang tersebut sehingga ke peringkat induk.

     Maka pengasingan ini dapat membantu dalam membuat ramalan bahawa berapa peratuskah PL udang galah yang berjaya membesar sehingga ke peringkat juvenile? Pada kebiasaannya, hanya 20-30 peratus yang berjaya membesar dengan sihat ke peringkat juvenile.

Langkah-langkah pengasingan adalah seperti berikut:
  1. Keluarkan kesemua air yang berada didalam tangki dengan membuka saluran air keluar. Penapis akan diletakkan pada bahagian hujung saluran air keluar bagi mengelakkan PL terlepas dari saluran air keluar.
  2. Selepas itu, masukkan PL yang telah ditapis kedalam bekas yang mengandungi air dari tangki sebelumnya. Sedut keluar kotoran seperti lebihan sisa makanan dan bahan buangan PL udang galah tersebut. Lakukan sebanyak 2 kali bagi menjaga kebersihan sebelum proses pemindahan ke tangki baru dilakukan.
  3. Sebelum memasukkan PL ke dalam tangki baru, air didalamnya tangki baru tersebut haruslah berada pada tahap saliniti 2 ppm. Rendam bekas yang berisi PL dengan air tangki yang baru selama lebih kurang 15 minit bagi memberi pengenalan kepada persekitaran baru agar PL udang galah tidak mengalami tekanan akibat kejutan perbezaan saliniti. Sekiranya pengenalan terhadap persekitaran baru tidak dilakukan, PL udang galah akan mengalami tekanan perubahan saliniti, dan akan menyebabkan PL udang galah akan mati.
  4. Sebelum dilepaskan, pengiraan individual PL udang galah pada tahap 12 dilakukan. Pengiraan tersebut dilakukan dengan menggunakan beaker. PL udang galah akan dimasukkan kedalam beaker sedikit demi sedikit bagi memudahkan proses pengiraan. Ini kerana PL udang galah masih hidup dan bergerak-gerak semasa proses pengiraan dijalankan. Adalah baik PL udang dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam beaker demi memudahkan proses pengiraan dijalankan.
  5. Pengiraan ini dijalankan sebelum PL udang galah dilepaskan kedalam tangki yang baru.
  6. Jaring hijau selalunya diletakkan kedalam tangki udang galah. Jaring hijau ini bertindak sebagai perumah dan tempat berlindung kepada udang galah terutama sekali semasa proses pertukaran kulit udang. Udang galah bersikap karnivora. Mereka sering menyerang udang gadang yang lain ketika proses pertukaran kulit berlaku kerana pada ketika itu kulit mereka sangat lembut. Dengan adanya tempat berlindung, permasalahan ini dapat diatasi.

Jumaat, 5 Disember 2014

( Gambar diambil dari : calphotos.berkeley.edu )


Latar belakang, Macrobrachium rosenbergii.

Udang galah adalah udang air tawar yang sangat popular dengan kelazatan dan keenakan isinya dalam masakan di Malaysia khasnya. Pada ketika itu, bekalan udang galah di sungai-sungai di negara kita adalah dalam kuantiti yang banyak dan mudah didapati. Natijah dari arus pembangunan yang tidak terkawal dari segi kebersihan sungai dan kualiti airnya, hidupan ini semakin berkurangan dan sukar untuk didapati. Bagi mengelakkan kepupusan, ternakan udang galah secara komersial semakin meningkat bagi memenuhi keperluan dan permintaan.


     Haiwan yang berada di bawah keluarga Palaemonidae dan cenderung aktif pada waktu malam ini dipanggil Udang Galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii. Kebiasaannya, pada peringkat 'juvenile' saiz udang galah ini diantara 2 sehingga ke 3 inch. Pada tahap ini, 'juvenile' kebiasaannya dibekalkan  dengan Artemia sebagai makanan kepada 'juvenile' udang galah. Manakala apabila peringkat udang galah ini masuk ketahap zoe, kastard telur adalah makanan yang sering digunakan bagi tumbesaran zoe tersebut. Selain itu, bekalan air hijau yang tinggi dengan spesis chlorella juga dapat membantu tumbesaran udang galah.

     Penternakan udang galah bagi tujuan penyelidikan pula selalunya akan menutup tangki udang galah dengan menggunakan shading net bagi menghalang sinaran matahari masuk ke dalam air tangki. Sinaran matahari tersebut akan mengaktifkan pertumbuhan air hijau didalam tangki udang galah tersebut. Ianya bukanlah satu permasalah yang besar, tetapi hal ini akan menyukarkan para penyelidik untuk membuat pemerhatian dan peninjauan terhadap udang galah tersebut.


Sedang diubah suai......It's coming soon.



Assalamualaikum dan selamat petang,

Blog ini sedang diselenggara dan akan beraksi dalam masa yang terdekat.
Sekian, Terima kasih.

Assalamualaikum and very good evening,

This blog is under construction and will entertain soon.

Thanks.